Friday, October 1, 2010

~ Pembuka Bicara ~

Assalamualaikum.

Melihat anak-anak berlari, menangis, tertawa dan membesar dihadapan kita bagaikan satu anugerah tak ternilai yang memberikan kepuasan dalam hidup. Namun pun begitu, masa berlalu begitu pantas...kini mereka semakin membesar. Kadang-kala bagaikan tak sedar masa kian berlalu. Hanya yang tinggal ialah kenangan dan memori. Yang pastinya, kebanyakan dari memori itu amat bererti dan tak tak sanggup untuk dilepaskan ia pergi.

Oleh kerana itulah tergerak di hati saya untuk mengumpul dan mengabadikan segala kenangan memori yang lalu. Disatukan dalam ruangan ini. Harapan agar dapat di kupas semula menjadi satu kenangan yang abadi.

Kerana ku tahu inilah keluargaku....

Inilah Syurga ku....Inilah Saatnya....

No comments:

Post a Comment